Saturday 25 February 2012

Rules and Regulations ♫

Peraturan - Peraturan Pertandingan CHS IDOL 2012
* Sila membaca semua peraturan sebelum menyertai pertandingan ini.


1.Pertandingan ini dikhaskan kepada para pelajar CHS sahaja.
2. Lagu-lagu yang hanya boleh dinyanyikan adalah dalam Bahasa berikut sahaja:
  • Bahasa Melayu 
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Cina
  •  Bahasa Inggeris
3. Peserta boleh menyertai pertandingan secara solo (perseorangan), kumpulan (maksimum 4 orang dalam sekumpulan) atau kedua-dua sekali.
4. Semua peserta akan dibahagikan kepada 4 kategori:
  •  Kategori A- Tingkatan 1-3(nyanyian solo)
  •  Kategori B- Tingkatan 1-3(nyanyian kumpulan)
  •  Kategori C- Tingkatan 4-6(nyanyian solo)
  •  Kategori D- Tingkatan 4-6(nyanyian kumpulan)
5. Bayaran penyertaan:
  •  Nyanyian solo- RM 5 bagi setiap peserta
  •  Nyanyian Kumpulan- RM10 bagi 2 peserta, RM 15 bagi 3 peserta, RM 20 bagi 4 peserta
6. Semua bayaran penyertaan mesti dihantar bersama borang ini, jika tidak, kelayakan peserta akan dibatalkan.
7. Peserta tidak dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu kumpulan dalam Kategori B dan Kategori D.
8. Perhatian kepada pelajar-pelajar yang mendapat Johan dalam Nyanyian Solo CHS IDOL 2011:
* Anda dibenarkan menyertai nyanyian solo CHS IDOL 2012
9. Perhatian kepada pelajar-pelajar yang mendapat Johan dalam Nyanyian Kumpulan CHS IDOL 2011:
* Anda dibenarkan menyertai nyanyian kumpulan CHS IDOL 2012 .
10. Lagu bertema bebas. Akan tetapi, lagu tidak boleh berunsurkan “ Rock”, “Heavy Metal”, atau “ Dance Hit”.
11. Lirik lagu tidak boleh mengandungi kata-kata kasar, kata-kata lucah, kata-kata sendirian, Kata-kata yang menyinggung perasaan serta isu-isu sensitif. Kelayakan peserta akan dibatalkan secara automatik sekiranya kesalahan dilakukan.
12. Semasa Ujibakat, para peserta hanya diberikan masa terhad untuk mempersembahkan lagu anda. Justeru, peserta dicadangkan mempersembahkan bahagian korus(chorus part) atau bahagian lain lagu yang dirasai baik.
13. Peserta tidak dibenarkan mengulangi lagu yang telah dinyanyi pada ujibakat, pusingan kedua, pusingan ketiga dan pusingan akhir.
14. Sebarang muzik pengiring (accompaniment) tidak dibenarkan semasa menjalani Ujibakat(audition) , Pusingan Kedua(quarter-finals) , dan Pusingan Ketiga (semi-finals).
15. Pada hari pertandingan Pusingan Akhir(Finals), hanya piano dibekalkan. Sekiranya alat muzik lain ingin digunakan, peserta mesti mendapat kebenaran daripada Pn. Yap Sheau Wei.
16. Peserta dari Kategori A dan C (nyanyian solo) diwajibkan manyanyi lagu 90-an semasa Pusingan Ketiga (Semi-finals).
17. Peserta dari Kategori B dan D (nyanyian kumpulan) diwajibkan menyanyikan lagu yang mengandungi harmonisasi (harmonizing) ataupun mereka harmonisasi sendiri untuk lagu yang dipilih semasa Pusingan Ketiga (semi-finals).
18. Bagi Pusingan Akhir, para peserta dibenarkan menggunakan CD. Para peserta yang ingin menggunakan CD mesti memastikan bahawa hanya muzik (minus one) yang perlu digunakan disediakan dalam CD kosong.
19. Perhatian kepada pelajar sesi pagi :
  •  CD mesti dihantar kepada AJK Kumpulan Koir pada 16 April 2012 selepas perhimpunan di meja bulat.
20. Perhatian kepada pelajar sesi petang:
  •  CD mesti dihantar kepada AJK Kumpulan Koir pada 16 April 2012 semasa waktu rehat di meja bulat.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap CD (barang larangan) yang dirampas oleh pihak sekolah.
21. Peserta dikehendaki berpakaian pakaian sekolah atau baju sekolah/ kelab dalam ujibakat, pusingan kedua dan pusingan ketiga.
22. Pada hari pertandingan Pusingan Akhir, peserta dibenarkan memakai pakaian luar. Namun, pakaian tersebut harus menepati peraturan berikut :
  •  Pakaian mesti berlengan dan kemas.
  •  Skirt atau seluar mesti melebihi paras lutut.
  •  Pakaian yang tidak seksi/ mencolok mata.
  • Kelayakan peserta akan dibatalkan jika pakaian peserta tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.
23. Panel hakim akan terus menilai dan memberi komen selepas persembahan peserta. Justeru, keputusan panel hakim adalah muktamad.
24. Semua pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.
25. Sekiranya ada sebarang masalah, sila bertanya kepada Ang Eshin(4P1), Yap Suet Wei(4S9) dan Chong Xin Wei(2A6).
26. Sila merujuk kepada papan notis Kelab Koir yang berdekatan dengan bilik pengakap dari semasa ke semasa ataupun melayari www.chs-idol12.blogspot.com untuk mendapat maklumat pertandingan terkini.